301,699 individu sudah divaksin

0
1
vaksin covid pkp selangor

SERAMAI 301,699 rakyat Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.

Data dan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, menunjukkan Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 36,163 individu sudah menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Ini diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527), Kuala Lumpur (28,244) dan Pahang (25,325).

Di Sabah pula, seramai 26,446 individu sudah menerima vaksin, selain Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411), Terengganu (14,137).

Negeri Sembilan merekodkan 12,209 individu sudah divaksin, diikuti Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342).

PICK fasa pertama menyasarkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hinga April ini

Fasa kedua program berkenaan pula akan membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.

Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here