SUSK Tok Pa cedera di muka, langgar objek tengah jalan

0
1

SETIAUSAHA Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dilaporkan cedera selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala Damansara, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun mengalami kecederaan apabila Proton X70 dipandunya hilang kawalan selepas melanggar objek besi di tengah jalan.

“Mangsa dikejarkan ke hospital swasta di Ara Damansara dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang hidung dan bahagian pipi.

“Sementara kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati objek besi itu berkemungkinan terjatuh daripada lori yang melalui jalan berkenaan.

“Ini kerana tiada sebarang projek sedang berjalan di sekitar kawasan itu pada masa kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau memohon orang awam yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin atau bilik gerakan IPD Petaling Jaya, 03-79662176. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here