Pakai pelitup muka di dagu, lelaki kena kompaun RM10,000

0
2
Orang ramai mula makan di dalam restoran di sekitar Kuala Lumpur, selepas kerajaan membenarkan pelanggan untuk makan di dalam premis makanan bermula hari ini. Peraturan itu terhad kepada dua pelanggan di sebuah meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

POLIS mengesahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak yang tular di media sosial sejak semalam adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

“Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar terus mematuhi pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here