Xavier sokong kerajaan kerana percaya PN mampu bantu rakyat – Hamzah

0
3
Datuk Seri Hamzah Zainudin

SOKONGAN Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah bukti manifestasi keyakinan terhadap kemampuan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya percaya keputusan dibuat bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas itu adalah bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. 
“PN mengalu-alukan pengistiharan terbuka dibuat beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan. 
“Memandangkan beliau adalah ahli parlimen yang berpengalaman luas, PN percaya bahawa keputusan itu telah dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Hamzah menyifatkan sokongan Xavier adalah kerana percaya kepada Perdana Menteri Dalam kemampuannya membantu rakyat terutama ketika menghadapi cabaran pandemik Covid-19. 
Xavier sebelum ini mengumumkan keluar daripada PKR, sekali gus melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden parti itu. 
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan PKR yang terlalu asyik membincangkan agenda Pilihan Raya Umum (PRU), sepatutnya bukan menjadi keutamaan parti itu. 
Beliau turut menyatakan pendiriannya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN menerusi surat bertarikh 12 Mac lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/ugutan-politik-tindakan-xavier-telah-diduga-pkr/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here