Lelaki Pakistan liwat remaja lelaki

0
3

SEORANG pembantu kedai warga Pakistan ditahan polis selepas dipercayai meliwat remaja lelaki berumur 14 tahun.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 11.17 pagi selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 10.25 pagi, 5 Mac lalu ketika mangsa pergi ke kedai runcit tempat suspek bekerja di pekan Telipok untuk membeli minuman.

“Ketika mangsa hendak membayar di kaunter, suspek mengajak mangsa bersembang sebelum memujuknya masuk ke bahagian kaunter dan meminta mangsa memegang kemaluannya.

“Suspek bertindak membuka seluar sebelum meliwat mangsa. Selepas selesai, suspek mengarah mangsa memakai semula seluarnya dan kemudian memberikan minuman serta wang RM5 sebagai ganjaran sebelum pulang ke rumahnya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Habibi berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada 8 Mac lalu.

“Suspek ditahan dan kini direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana kesalahan meliwat,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here