Zamil cabar PN buktikan majoriti di Parlimen guna Ordinan Darurat

0
1

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim mencabar kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 bagi menangani berita tidak benar berhubung pihak yang mendakwa mereka hilang majoriti di Parlimen.

Ia berikutan pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung penguatkuasaan Ordinan itu yang bermula semalam adalah khusus bagi menangani berita palsu berkaitan Covid-19 serta Proklamasi Darurat sahaja.

Beliau berkata, perkara itu hangat diperkatakan oleh dua pemimpin atau menteri dari kerajaan PN.

“Justeru, Ordinan Darurat boleh dikenakan kepada sesiapa yang menyatakan kerajaan ini tidak ada majoriti, maka boleh didakwa di bawah akta baharu, Ordinan Darurat bagi berita palsu.

“Menyebut perkataan (hilang majoriti) ini bersangkutan dengan berita palsu,” katanya menerusi kenyatan video di Facebooknya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan PN membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan ini mempunyai majoriti.

“Sebab saya percaya ramai di luar sana termasuk pemimpin politik menyatakan kerajaan ini tidak ada majoriti.

“Maknanya, kerajaan sekarang perlu buktikan ada majoriti. Dah katakan berita palsu, jadi tolong buktikan berita ini memang betul-betul berita palsu,” katanya.

Terdahulu, menurut Saifuddin, Ordinan berkenaan adalah remedi jangka pendek khusus bagi membendung penularan berita tidak benar mengenai Covid-19 dan Proklamasi Darurat, demi ketenteraman dan kepentingan awam.

“Ini hanya untuk waktu darurat sahaja, bukan selamanya,” katanya yang menolak tanggapan ordinan itu bermotifkan politik. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here