Kalimah ALLAH hak eksklusif umat Islam.

0
2

KALIMAH Allah adalah hak eksklusif umat Islam, penggunaan untuk bukan Islam adalah dilarang sebagaimana yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran, Hadith dan syiar Islam itu sendiri.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin menegaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa bukan Islam tidak dibenarkan menggunakannya.

Katanya, tindakan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam buku keagamaan mereka adalah satu penghinaan terhadap Islam.

“Orang kafir tidak layak menggunakan kalimah Allah sama sekali. Apatah lagi jika ia hendak digunakan dengan maksud mengelirukan akidah umat Islam dan mendakyah umat Nabi SAW. Ini merupakan satu tindakan manipulasi agama dan penghinaan kepada seluruh umat Islam.

“Jika orang kafir ingin menggunakan kalimah Allah SWT dalam pertuturan dan penerbitan mereka, maka anda semua dipersilakan mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu. Ada bran!” katanya pada satu hantaran Facebook, hari ini.

Justeru, Dr Zamihan menyeru keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan dalam buku keagamaan pengganut Kristian disemak semula demi kesucian agama Islam

“Menjadi kewajipan bagi semua Ketua Agama Islam, Menteri Agama, Yang Di-Pertua Majlis Agama, KDN dan pengamal perundangan Islam untuk tampil membuat rayuan kepada mahkamah bagi melarang bukan Islam ‘mempergunakan’ kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Sedarlah bahawa menjaga kesucian agama merupakan tanggungjawab paling mulia dan utama!

“Kalimah Allah merupakan kata nama khas nan teragung. Ia merujuk kepada Tuhan sebenar yang hanya layak disembah oleh umat Islam. Ia Dzat yang suci wajibul wujud dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.

“Maha suci Allah daripada menyerupai makhluk. Antara sifatNya ialah Wujud, Qiyam, Baqa, Mukhalafatuhu lil Hawadith, Qiyamuhu Binafsihi, Wahdaniah, Qudrat, Iradah…,” katanya.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/penggunaan-kalimah-allah-semak-semula-keputusan-mufti/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here