Penggunaan kalimah Allah: Semak semula keputusan – Mufti

0
2

MUFTI Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mencadangkan supaya keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka, disemak semula.

Menurutnya, keputusan itu perlu disemak kerana bukan sahaja telah merendah-rendahkan syiar Islam, malah dibimbangi mengundang masalah kepada masyarakat Islam pada masa hadapan.

“Saya harap boleh disemak semula keputusan itu. Ia akan menjadi satu masalah kepada masyarakat Islam pada masa akan datang. Seolah-olah telah merendahkan syiar Islam di negara ini,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Abdul Rahman juga melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana tidak selari keputusan Fatwa 2008 dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama itu adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

“Keputusan yang bercanggah dengan fatwa kita lah, kita rasa kesal, sepatutnya kita sebagai negara Islam, patutnya perkara ini perlu dibincang, diambil perhatian oleh pihak mahkamah,” katanya.

Semalam, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/isu-kalimah-allah-episod-malang-buat-umat-islam-di-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here