SPRM tahan pengurus bergelar ‘Datuk’ disyaki palsukan dokumen

0
2

PENGURUS sebuah syarikat bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, kerana disyaki memalsukan dokumen bagi tujuan mendapatkan projek kerajaan bernilai kira-kira RM8.9 juta.

Lelaki berusia 38 itu dipercayai mengemukakan dokumen mempunyai butiran palsu bagi tujuan memperoleh projek di sebuah kementerian.

Memetik laporan Bernama, sumber SPRM dilaporkan sebagai berkata, projek tersebut ialah tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

Suspek ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah rakaman percakapannya selesai diambil.

Perkara itu disahkan Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here