Anugerah 2 projek lebuh raya, fitnah politik – Shahidan

0
3

DAKWAAN dianugerahkan dua projek lebuh raya di Kelantan dan Perak sebagai timbal balasan susulan Umno Perlis menyatakan pendirian untuk kekal meneruskan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah fitnah politik semata-mata.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan dakwaan bahawa beliau dianugerahkan dua projek lebuh raya secara runding terus itu dan menyifatkannya sebagai usaha menjatuhkan dan mencemarkan nama baiknya.

“Perkara itu tidak benar. Setakat ini saya tidak pernah memohon sokongan untuk mendapatkan mana-mana projek secara rundingan terus kecuali projek di bawah peruntukan Ahli Parlimen bernilai RM20,000 di Arau, Perlis.

“Macam mana saya nak dapat dua projek lebuh raya di Kelantan dan Perak secara rundingan terus jika syarikat milik saya tidak pernah memohonnya. Tetapi, jika depa (kerajaan Perikatan Nasional) nak bagi Alhamdulillah dan saya akan menerimanya,” katanya dipetik daripada portal PNBBC.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) berkata demikian susulan kenyataan akaun Facebook bernama Salahuddin Hisham yang mendakwa beliau ada mendengar khabar angin bahawa Pengerusi Umno Perlis itu ada mendapat dua projek lebuh raya di Kelantan dan Perak secara rundingan terus.

Salahuddin mendakwa Shahidan memohon untuk mendapatkan kedua-dua projek terbabit secara rundingan terus dengan menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi PNBBC.

Bagaimanapun semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan Shahidan telah dilantik sebagai Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang berkuatkuasa serta merta.

Menurut Zuraida, pengalaman Shahidan selama lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Shahidan amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/09/shahidan-dilantik-pengerusi-pr1ma/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here