Kuota haji ditambah 10,000, berita baik untuk jemaah Malaysia

0
1

KUOTA jemaah haji Malaysia bertambah 10,000 tahun ini menjadikan ia berjumlah 41,600.

Berita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata,kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan penambahan kuota itu susulan perjumpaa bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, Riyadh.

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.

“Apabila keadaan (Covid-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah

“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

Pertemuan 90 minit di antara Perdana Menteri dan Putera Mohammed yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang amat ketat.

Pada pertemuan itu, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/10/18/malaysia-arab-saudi-mula-rundingan-kuota-haji-2021/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here