Isteri ditembak suami: Sah ujian DNA, keluarga tuntut jenazah

0
2

UJIAN asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan identiti mayat wanita yang ditemui ditanam bersama tong air adalah isteri yang ditembak mati oleh suaminya menggunakan senapang angin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata keputusan DNA yang diterima membuktikan wanita itu adalah isteri malang yang dibunuh suaminya sendiri di kediaman mereka yang terletak Taman Saujana, Kota Tinggi, pada awal pagi 1 Mac lalu.

“Keputusan DNA sudah diterima dan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya.

“Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Terengganu,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Ayob Khan sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kejadian itu berkemungkinan bermotifkan perasan cemburu kerana polis menemui surat tuntutan fasakh di kediaman mereka.

Suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka.

Mayat mangsa kemudiannya disumbat ke dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira 30 kilometer dari kediaman mereka -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/06/tembak-isteri-mangsa-dipercayai-ditembak-dari-jarak-dekat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here