Datuk Seri terima rasuah RM300,000 ditahan SPRM

0
2

AHLI perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini kerana disyaki menerima rasuah RM300,000 kononnya bagi membantu melepaskan 22 warganegara China di depoh Imigresen. 
Lelaki berusia 44 tahun itu diberkas jam 8 malam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Menurut laporan Kosmo, yang memetik sumber, suspek meminta rasuah itu daripada seorang individu bagi melepaskan 22 warga China ditangkap disyaki terbabit dalam sindiket judi talian dan Macau scam.
“Datuk Seri itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan kesemua warga China itu,” katanya sumber berkenaan. 
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here