‘Bakat rahsia’ Elizabeth Tan undang komen lucah netizen

0
2

SEKALI lagi penyanyi, Elizabeth Tan mencuri perhatian apabila tindakan memuat naik video melakukan aksi melipat kaki ke bahagian belakang leher mengundang komen lucah netizen.

Mesra disapa Lizzy, kali ini memaparkan bentuk seluarnya yang ketat sehingga mengundang komen nakal menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram (IG).

Tinjauan Malaysiapost mendapati video tersebut telah menerima tontonan sebanyak 381,000 dan dibanjiri lebih 1,000 komen.

“Bakat rahsia saya. Hahaha awak boleh?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Ruangan komen penyanyi berusia 28 tahun itu dipenuhi dengan kata-kata berbaur lucah yang memberi respon kepada tindakannya dalam video tersebut.

“Ada benda yang menonjol. Tapi bukan bakat”

“Baik-baik nanti terkoyak seluarnya itu”

Lizzy yang terkenal dengan imej seksi sebelum ini pernah memuat naik video mengenakan baju singlet merah jambu dan seluar pendek ketika berkongsi cara membuat ke keju coklat.

Hantaran itu juga mengundang usikan nakal pengikut IG yang menonton video tersebut. -Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/10/28/pembeli-terima-baju-tanpa-label-jenama-elizabeth-tan-kecewa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here