MESYUARAT pimpinan Pas bersetuju untuk menangguhkan Muktamar PAS ke-67 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu untuk memberi ruang kepada PAS membuat persediaan jitu bagi menghadapi PRU15.
“PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU ke-15, tak kiralah bila. Setakat ini, kita pun tak tahu bila PRU.
“Jangkaan PRU bila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU15,” kata Takiyuddin dipetik daripada Astro Awani.
Muktamar PAS tahun lalu diadakan pada September dengan Kelantan sebagai tuan rumah.
Ia diadakan dalam suasana norma baharu akibat pandemik Covid-19 dengan mengehadkan kehadiran pemerhati, perwakilan dan pimpinan PAS seluruh negara. – Malaysiapost

