4 minit saja t-shirt sampai

0
2

Nurul Huda Abhar

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin teruja apabila menerima t-shirt ditempahnya hanya dalam masa empat minit yang diterbangkan menggunakan dron.

Menurutnya, penghantaran pesanan t-shirt tersebut mengambil masa kurang lima minit walaupun ia diterbangkan lima kilometer dari lokasi asal.

”Hari ini saya berkesempatan menyaksikan demonstrasi dron penghantaran di bawah Projek Rintis Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) dan syarikat airasia.

“Lanjutan daripada pelancaran dua sandbox dron sebelum ini iaitu dron menguji peranti (semburan racun dan baja) di Felda Mempaga, Pahang dan Zon Dron dan Robotik (logistik) bersama syarikat DHL di Iskandar Puteri, Johor.

“Sempena pelancaran MoU antara Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang bertanggungjawab ke atas NTIS dengan airasia hari ini juga, kita buat pertama kali menyaksikan pengoperasian dron dengan keupayaan ‘Visual Line of Sight’.

“Ia membolehkan penerbangan serta penghantaran dilakukan dengan lebih selamat,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Khairy berkata demonstrasi itu merupakan ‘game changer’ dalam bidang perkhidmatan penghantaran yang akan memudahkan pengguna dan syarikat penyedia servis berkenaan.

Katanya, ia boleh melancarkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman yang sukar ditembusi melalui jalan darat dan penting di kawasan bencana seperti banjir.

“Tahniah kepada MaGIC, AirAsia, teleport serta syarikat pemula dron iaitu VStream Revolution Sdn Bhd dan Meranque Sdn Bhd atas demonstrasi hari ini.

“Terima kasih kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang sentiasa bersama NTIS dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan pengujian dron,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here