Isa, Risteena umum nikah 12 Mac

0
1

BERITA baik yang diumumkan penyanyi Isa Khan dan tunangnya yang juga pelakon, Risteena Munim, berkenaan tarikh pernikahan mereka pada 12 Mac ini disambut ucapan tahniah peminat.

Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, memberitahu persiapan perkahwinan mereka hampir siap sepenuhnya.

Secara peribadi dia tidak sabar untuk menghalalkan hubungan cinta bersama Risteena, 32, yang terbina lebih dua tahun.

“Tiada majlis besar-besaran kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP). Kami juga sudah memadam impian mengadakan majlis meriah dengan kehadiran ribuan tetamu.

“Cukuplah sekadar majlis dan acara ringkas ketika penularan Covid-19 ini. Tema majlis pula ringkas tapi manis untuk dijadikan kenangan.

“Saya berharap majlis perkahwinan yang dirancang dapat dinikmati bersama keluarga, sahabat dan rakan media,” katanya.

Sempena berita penyatuan dua hati itu, Isa memberitahu dia mencipta sebuah lagu khas untuk bakal suri hatinya berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.

“Juga akan saya abadikan cerita cinta kami dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia yang berjudul ‘Karunia Terhebat’ the greatest gift.

“Semoga urusan kami berjalan dengan baik atas kehendakNya,” tulisnya menerusi hantaran di laman Instagram.

Sebelum ini, Risteena mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada pertengahan bulan ini.

Isa mengumumkan sudah melamar Risteena pada 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/intan-ladyana-akui-berdebar-menjelang-hari-pernikahan-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here