Intipati mesyuarat palsu, Bersatu buat laporan polis

0
2

BERSATU akan membuat laporan polis berhubung penyebaran intipati palsu hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada 4 Mac lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan laporan polis akan dibuat bagi menjejaki dalang yang telah menjejaskan imej parti itu.

“Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang di sebalik penyebarannya.

“Parti tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli Bersatu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, segala maklumat yang terkandung dalam sebaran tersebut adalah tidak benar, palsu dan tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT yang telah berlangsung.

“Bersatu menafikan maklumat berhubung initipati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bertarikh 4 Mac 2021 yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Bagaimanapun Hamzah tidak menyatakan butiran intipati palsu yang tersebar itu.

Khamis lalu, pucuk pimpinan Bersatu mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan hala tuju hubungan dengan Umno.

Ia susulan Umno menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/05/adun-tronoh-buntong-sah-sertai-bersatu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here