Jijik! bangkai tikus, lipas ditemui di kilang proses rempah

0
1

MENJIJIKKAN! Begitulah keadaan sebuah memproses rempah di Taman Bamboo di ibu negara yang beroperasi dalam keadaan kotor.

Perkara itu terbongkar hasil serbuan oleh Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui bangkai tikus, urungan lipas serta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan stor penyimpanan produk di kilang tersebut.

Bangkai tikus yang dijumpai didalam kawasan kilang tersebut

DBKL menerusi kenyataan berkata pemeriksaan dilakukan enam pegawai kesihatan turut mendapati lantai, dinding, peralatan dan kelengkapan pemprosesan produk didapati kotor, berdebu dan usang.

“Bahan mentah makanan pula didapati diletakkan kurang 0.45 sentimeter dari aras lantai dan terdapat lipas serta najis di gudang stor menempatkan produk yang sudah siap.

“Susunan stor juga didapati tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan FIFO (first in first out),” katanya.

Menurut DBKL, premis tersebut dikenakan tindakan penutupan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa Sabtu.

“Kompaun turut dikeluarkan di bawah UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) – JKAS 095859,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here