Tangkapan sindiket penipuan pelaburan

0
2
isharefans penipuan wang pinjaman

EMPAT sindiket penipuan pelaburan berjaya ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dalam beberapa serbuan sepanjang Februari lalu dan awal bulan ini.

Pengarah JSJK, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata hasil pemantauan dan risikan pihaknya sepanjang tempoh berkenaan, beberapa siri operasi dilancarkan sekitar Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Hasilnya berjaya menumpaskan sindiket penipuan skim pelaburan ‘Likeshare’, skim pelaburan ‘Zan Zan Lee’, skin pelaburan ‘Isharefans’ dan skim pelaburan ‘E-currency Investment Bitcoin’ dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 21 individu berjaya ditahan atas pembabitan mereka dalam skim-skim pelaburan berkenaan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, turut dirampas adalah pelbagai barangan dan peralatan yang digunakan dalam sindiket penipuan pelaburan itu selain wang tunai berjumlah RM11, 930.

“Berdasarkan siasatan, ahli sindiket akan memulakan hantaran iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang tertarik akan mula mengikut arahan sindiket untuk menyertai pakej pelaburan dengan modal yang rendah, terapibmenjanjikan pulangkan berganda dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang tamak kemudian ya akan melabur lebih banyak dan sindiket akhirnya akan memutuskan perhubungan komunikasi selepas mendapat pelaburan yang besar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here