Jangan terpedaya iklan vaksin dalam talian – PDRM

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua laporan berhubung kes penipuan vaksin Covid-19 setakat ini membabitkan kerugian hampir RM300,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kedua-dua kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM285,499.95.

Beliau berkata, polis juga mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin Covid-19 secara atas talian.

“Walaupun pihak pengendalian perkhidmatan jualan yang berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatya iklan penjulan vaksin berkenaan, namun JSJK tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu itu pada masa akan datang.

“Sebagaimana diumumkan kerajaan, pemberian vaksin Covid-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Justeru, sebarang tawaran penjualan vaksin mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan mungkin satu penipuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, JSJK melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras kegiatan mengiklankan penjualan vaksin Covid-19 secara dalam talian. 

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air keruh’ dan sentiasa peka dengan pengumuman serta arahan dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat tepat diperoleh berkaitan program vaksinasi,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here