Rina Gunawan meninggal dunia

0
3

PENYANYI, pengacara dan pelakon sinetron Indonesia, Rina Gunawan, meninggal dunia Hospital Pertamina Simprug, Jakarta, semalam selepas positif Covid-19.

Berita kematian Rina, 47, disahkan oleh suaminya, Teddy Syach, lapor CNN Indonesia.

“Arwah meninggal dunia selepas sesak nafas, kira-kira jam 6.45 petang (waktu Indonesia), semalam. Dia sudah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak seminggu lalu.

“Beliau dirawat di hospital kerana dijangkiti virus Covid-19, sebelum meninggal dunia. Namun, sebelum ini, arwah memiliki penyakit asma dan radang paru-paru,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan terkini Tribun News.com, Teddy menangisi pemergian isteri tercinta ketika pengebumian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Allahyarhamah Rina dikebumikan satu liang lahad dengan arwah bapanya, TB Atik Junaedi yang meninggalkan dunia kira-kira lima tahun lalu.

Teddy mengakui, sudah mengikhlaskan kepergian isterinya itu untuk selama-lamanya.

“Aku ikhlas, aku sudah ikhlas,” katanya sambil menangis di tanah perkuburan, TPU Tanah Kusir, Jakarta Selatan.

Teddy yang lengkap mengenakan pakaian perlindungan peribadi (PPE) dilihat tidak dapat menahan tangisan saat melantunkan azan di depan pusara arwah isterinya, sebelum jenazah ditutupi oleh tanah.

Pengebumian bintang sinetron Erte Erwe, Pat Pat Gulipat dan Mat Angin itu dilakukan mengikut prosedur Covid-19 apabila hanya beberapa petugas hospital dan TPU Tanah Kusir berpakaian PPE lengkap mengebumikan arwah.

Jenazah juga dimakamkan menggunakan peti yang dibungkus plastik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here