‘Itu pandangan peribadi Ku Li’

0
2

KENYATAAN Tengku Razaleigh Hamzah mengenai penolakan kerjasama antara Bersatu dengan Umno adalah pandangan peribadi semata-mata.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mempunyai pandangan dan keputusan tersendiri berhubung perkara yang dibangkitkan itu.

“Itu pandangan peribadi dia (Ku Li). Parti ada keputusan sendiri. Kita tak salahkan dia. Terima kasih di atas pandangan beliau mengenai perkara itu namun parti ada pandangan peribadi sendiri,” katanya hari ini

Semalam Tengku Razaleigh atau Ku Li menerusi kenyataan berkata, MKT Umno mesti mengadakan mesyuarat tergempar dalam membuat keputusan kerjasama dengan Bersatu mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 bahagian.

Tambahnya, Umno perlu membuat keputusan supaya semua ahli wajib mengundi menolak pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ku Li turut menggesa Umno membuat keputusan dengan meminta ahli-ahli Parlimen semua parti komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum Parlimen dipanggil bersidang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here