JANGKITAN Covid-19 yang melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas antara salah satu kluster baharu yang dicatatkan pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Jalan Cempedak membabitkan kluster kumpulan berisiko tinggi ini di daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Kes indeks dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Cempedak, Sentul, Kepong.
“Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perincian kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER DESA EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Kuala Selangor.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MELATI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kedai serbaneka yang terletak di Jalan Melati, Kuang, Gombak.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN KEMPAS TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua (2) buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bakri, Muar.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Kempas 3, Kawasan Perindustrian Bakri, Muar.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 592 individu telah disaring, di mana 344 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG SUNGAI BURUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, Pontian.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN WAWASAN 12
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 12, Batu Pahat.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN CEMPEDAK
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281235) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Cempedak, Sentul, Kepong.
Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BUKIT MARAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274772) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bukit Marak, Kota Bharu.Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 310 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
Angka jangkitan Covid-19 di Malaysia hampiri 300,000 kes

