Tun Faisal mengadap Lembaga Disiplin Umno

0
2

TIMBALAN Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail hari ini dijadual mengadap Tribunal Lembaga Disiplin di Ibu Pejabat Umno di ibu negara.

Prosiding terhadap beliau dijadual bermula jam 2.30 petang di hadapan Lembaga Disiplin yang dipengerusikan Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Tun Faisal sebelum ini diarah hadir ke tribunal selepas diberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap pelanggaran Perlembagaan Umno.

Selain itu, beliau seperti yang dipetik media sebelum ini berkata, ketelusan Lembaga Disiplin pernah diragui pelbagai pihak sebagaimana berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke lembaga itu melibatkan pesalah kes politik wang semasa pemilihan parti, bagi kes yang hampir sama, hukumannya berbeza mengikut individu.

Katanya, bagi individu biasa, mereka dikenakan hukuman gantung tetapi bagi individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kepemimpinan, mereka hanya diberikan amaran.

Terdahulu Tun Faisal bersama sekumpulan penyokongnya menunaikan solat Zohor dan solat hajat di Surau Ar-Rahman, PWTC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here