Remaja main bola, polis serbu padang

0
2

SELEPAS 30 individu dikompaun kerana bermain futsal tanpa mematuhi penjarakan fizikal di Gombak, tular pula sekumpulan remaja bermain bola sepak di Batu Caves.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Asal Gombak, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di Padang Awam Batu Caves di Gombak, petang semalam.

Difahamkan, pemeriksaan dilakukan setelah polis menerima maklumat berhubung aktiviti bermain bola sepak oleh sekumpulan remaja di padang awam berkenaan.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut sama ada mereka disaman atau tidak.

Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan sukan bola sepak dimainkan dengan syarat penjarakan fizikal serta tanpa sentuhan.

Kelmarin, 30 individu  dikompaun  ketika bermain futsal di sebuah premis di Taman Sri Gombak kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe dilaporkan berkata seramai 28 individu berusia 19 hingga 23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi.

Polis turut mengeluarkan kompaun kepada dua pemilik yang juga didapati tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Mereka dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB 1988). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here