Adun Amanah keluar parti

0
2

BEBERAPA lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Difahamkan, setakat ini tiga Adun daripada Amanah Johor disahkan menyertai PKR yang juga sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan (PH). 

Adun berkenaan adalah Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit. 

Perkara itu disahkan oleh Khairudin dan tiga sumber daripada PKR seperti dilaporkan Malaysiakini. 

Pada tahun lalu, dua Adun Amanah dari Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman turut menyertai PKR.

Khairuddin memberitahu bahawa permohonannya yang dihantar September tahun lalu diterima pada Oktober tahun sama, namun tidak mengheboh-hebohkannya untuk menjaga hubungan antara parti.

Meskipun menyatakan dia berpindah ke PKR bukanlah kerana faktor kerusi, dia berharap agar dapat diberikan ruang untuk bertanding kerusi untuk kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya berniat nak bertanding (kerusi) Parlimen…harap ada ruanglah. Ini perjuangan rakyat, saya berjuang untuk rakyat, untuk isu rakyat.

“Jadi ada ruanglah bagi saya sini, kawan-kawan dalam PKR. Itu harapan sayalah. Pada saya, untuk itu saya kira bersama dengan PKR,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here