JUMLAH kumulatif kes Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda Malaysia tahun lalu, kini menghampiri 300,000 kes iaitu 298,315 kes setakat hari ini.
Bagaimanapun, lebih 90 peratus daripada kes berkenaan sudah sembuh iaitu 270,166 kes (90.6 peratus).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata status terkini Covid-19 setakat hari ini adalah membabitkan 2,364 kes baharu iaitu 1,455 warganegara dan 908 bukan warganegara.
“Jumlah kes sembuh baru ialah 3,320 kes, manakala jumlah kes aktif pula adalah 27,028 kes.
“Jumlah kematian baru adalah 10 kes membabitkan lapan warganegara dan dua bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kematian hingga kini adalah 1,121 kes (0.38 peratus),” katanya.
Noor Hisham berkata, seramai 190 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

