Siasatan terhadap Anwar prosedur biasa – KPN

0
1
anwar ibrahim

TINDAKAN polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan bersama dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menolak pengisytiharan darurat, adalah prosedur biasa. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan berkait dengan Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan. 

“Justeru beliau dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Kita sudah membuka kertas siasatan dan terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan lanjut berdasarkan keterangan diberi kepada polis,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Jeli, yang baharu di Kelantan hari ini. 

Media semalam melaporkan Anwar selesai memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan bersama dikeluarkan Majlis Presiden PH yang menolak keputusan pengisytiharan darurat dibuat kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata, pegawai penyiasat kes itu telah ke Ibu Pejabat PKR pada jam 3.30 petang untuk merakam keterangan Anwar. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here