Tiger woods kini sedar, responsif dan pulih dari kecederaan

0
2

PEMAIN golf Amerika Syarikat, Tiger Woods kini dalam keadaan sedar, responsif dan pulih selepas prosedur pembedahan yang panjang pada kaki kanan dan pergelangan kakinya.

Menurut thefederal.com, kecederaan serius itu akibat dari kemalangan kereta yang hampir meragut nyawanya semalam.

Bagaimanapun, Woods disifatkan bernasib baik apabila terselamat daripada kemalangan di California itu namun disebabkan kecederaan yang parah menyaksikan juara gelaran utama 15 kali itu kemungkinan terpaksa mengakhiri kariernya.

Bintang Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA.

Terdahulu, Woods yang terpaksa dikeluarkan daripada kenderaannya menggunakan peralatan khas, baru sahaja pulih daripada kecederaan belakang menjelang saingan Masters di Augusta April ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan di Twitter rasmi Woods mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan mesej yang luar biasa ketika dalam situasi sukar ini.

“Seperti yang telah disampaikan sebelum ini, Tiger terlibat dalam kemalangan pada awal pagi ini (Selasa) di California. Dia telah menjalani prosedur pembedahan yang panjang di kaki kanan bawah dan pergelangan kaki setelah dibawa ke hospital.

“Dia kini terjaga, responsif dan pulih di bilik hospitalnya. Terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang hebat di Pusat Perubatan Habor-UCLA, Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles, dan Jabatan Bomba. Sokongan dan bantuan anda sangat baik.

“Tidak ada kemas kini lebih lanjut buat masa ini dan kami terus mengucapkan terima kasih atas harapan dan privasi anda untuk dia dan keluarganya,” tulisnya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/24/tiger-woods-kemalangan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here