Pelajar sebak tatap jenazah bapa sebelum duduki SPM

0
2

SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menahan sebak apabila diberi kesempatan untuk menatap wajah terakhir jenazah ayahnya sebelum memasuki dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak hari ini.

Van jenazah membawa jenazah ayahnya singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru

Video pelajar lelaki, Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, tidak dapat menahan tangisan ketika van jenazah membawa jenazah ayahnya singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini, tular di media sosial sehingga mengundang simpati warganet.

Suasana hiba itu dikongsikan guru kaunseling sekolah berkenaan, Badariah Mohd Mohaidin menerusi akaun Facebook miliknya.

Muhammad Haikal Iskandar Zamry ditenangkan oleh ahli keluarganya

Menurutnya, jenazah dibawa ke sekolah kerana pelajar itu tidak sempat melawat ayahnya di Hospital Taiping disebabkan perlu menduduki peperiksaan.

“Ayahnya meninggal dunia semalam (Selasa) akibat masalah jantung dan kencing manis setelah dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.

Muhammad Haikal ditenangkan oleh Guru sekolahnya

“Selepas menerima khabar duka itu, dia ada pergi hospital semalam (Selasa) untuk melihat jenazah ayahnya.

“Tetapi setibanya di sana, dia tidak dibenarkan masuk,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Badariah berkata, pihak sekolah bagaimanapun membenarkan permintaan keluarganya bagi membolehkan Muhammad Haikal menatap wajah ayahnya sebelum dikebumikan di Kampung Tahan, Sauk kira-kira jam 11.30 pagi.

“Haikal perlu menduduki peperiksaan sehingga petang. Jadi, peluang 15 minit itulah untuk dia melihat jenazah ayahnya sebelum menjawab kertas Sejarah yang bermula jam 10 pagi.

“Ketika waktu rehat, nampak dia menangis dengan tidak lalu makan dan minum. Kita sediakan bilik khas untuknya memandangkan emosinya masih tidak stabil,” katanya.

Menurutnya, pelajar itu merupakan anak sulung yang menjadi sandaran kepada dua adiknya ketika ibunya menjaga ayahnya di hospital sebelum ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/spm-2020-polis-pantau-sop-di-sekolah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here