Memang kuasa Agong panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM – Ku Li

0
2

TENGKU Razaleigh Hamzah berkata

MEMANG kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Apatah lagi, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, di dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan ketika ini.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan.

Tengku Razaleigh berkata beliau menyambut baik ketegasan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.

“Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu dititahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin menerusi kenyataan yang disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here