Nurul Huda Abhar
KLUSTER Sinsigon yang dikenalpasti hari ini berpunca daripada satu majlis pengebumian di Kampung Sinsingon, Nabawan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes indeks dalam kluster tersebut dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari hasil saringan kemasukan ke asrama.
“Sehingga kini sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu melibatkan komuniti.
Perincian kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER JALAN ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula pada 7 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Jalan SU 6A, Shah Alam.
Sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif.
KLUSTER JALAN ULU CHOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Dua kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-281,733 dan kes ke-281,771) dilapor positif pada 21 Februari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilangdi Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas. Sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif.
KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif hari ini hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Lukut. Sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif.
KLUSTER JALAN DATO YUNUS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif hari ini hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Gelang Patah. Sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif.
KLUSTER PASAR BIDOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-197,607) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI). Kes indeks juga merupakan seorang peniaga pasar di Bidor, Batang Padang. Sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif.
KLUSTER LORONG BAKAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif hari ini hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Perabot, Sungai Bakap. Sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif.
KLUSTER VISTA HILIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 15 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Hilir Sungai Kluang 2, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

