Guna Jambatan Kedua Pulau Pinang, elak kesesakan lalu lintas

0
2

ORANG ramai dinasihatkan menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) sebagai laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan untuk ke bahagian seberang dan pulau.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataan berkata, JSAHMS atau atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah laluan alternatif untuk ke bahagian utama pulau seperti di Batu Maung, Bayan Lepas dan Georgetown.

Malah, Jambatan Kedua itu menyediakan lapan lorong yang merangkumi perkhidmatan Smart Tag, Touch n Go dan juga RFID.

Kata kenyataan itu, dengan kadar tol hanya sebanyak RM 5.74 (untuk kelas 1 sahaja; kenderaan persendirian atau penumpang), JSAHMS merupakan pilihan untuk para pengguna keluar masuk ke bahagian pulau.

“JSAHMS menghubungkan secara terus Batu Kawan kepada bahagian utama pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Para pengguna akan sampai ke kawasan yang dinyatakan di atas dengan lebih mudah tanpa pertu menempuh kesesakan yang serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan selepas pengguna melihat asap keluar menerusi jeriji besi di tengah jalan kira-kira jam 4 petang, Isnin lalu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian berlaku berikutan terdapat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain, tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS merupakan alternatif terbaik.

“Mempunyai kepanjangan sebanyak 16.9 kilometer di atas laut, akses yang mudah untuk ke JSAHMS dari Batu Kawan atau Lebuh Raya Utara Selatan adalah dengan mengikuti susur keluar atau Exit 1 57: E28 Persimpangan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“JSAHMS juga turut mempunyai laluan khas untuk motorsikal dan tiada larangan masa bagi kenderaan berat untuk menggunakan JSAHMS,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/kabel-elektrik-di-jambatan-pulau-pinang-terbakar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here