KPM benar ke sekolah tanpa pakaian seragam

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan untuk hadir ke sekolah.

KPM dalam kenyataan berkata, kebenaran tersebut diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun ini.

“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” kata kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, KPM menerima banyak pertanya daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

KPM pada 19 Febuari lalu telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.
-Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/19/sesi-persekolahan-bermula-mac-depan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here