Waran tangkap Sajat dijangka diperoleh hari ini

0
2

WARAN tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat dijangka diperoleh hari ini.

Setakat ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menunggu waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum mengambil tindakan susulan.

Jurucakap JAIS berkata, pasukan penguat kuasanya akan menangkap Nur Sajat untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraan selepas menerima waran berkenaan.

“Kami jangka waran itu akan diterima hari ini. Sebaik terima waran itu, kita akan usaha cari dan tangkap Sajat.

“Setakat ini, kita masih menunggu waran itu,” katanya seperti dilapor BH.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Difahamkan, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita pada satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina, di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, jam 7.30 malam 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/23/waran-tangkap-terhadap-nur-sajat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here