2,468 kes jangkitan baharu, 14 lagi kematian

0
2
grafik

MALAYSIA mencatatkan 2,468 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara meningkat kepada 288,229 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes dalam negara hari ini, empat adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 30,475 di sebalik 4,055 kes sembuh baharu.

Selangor mencatat kes harian tertinggi iaitu 932, diikuti Johor (428), Perak (308), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 155 kes, Sarawak (133) dan Negeri Sembilan (100).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Kelantan (96), Sabah (94), Melaka (22), Kedah (15), Pahang (11), Terengganu (9), Labuan (6) dan Putrajaya (4).

Sebanyak 14 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,076 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here