SOP PKP: Kerajaan nafi ‘flip flop’, buat keputusan ikut situasi semasa

0
1

KERAJAAN menafikan membuat keputusan berubah-ubah atau ‘flip flop’ dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa di beberapa negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata segala keputusan berkaitan SOP yang dibuat kerajaan adalah bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19.

Beliau menegaskan, segala perubahan yang dibuat juga adalah demi kepentingan ekonomi, seterusnya memastikan rakyat dapat meneruskan hidup dengan lebih baik.

“Kerajaan tak buat SOP secara flip flop, kita bukan sengaja mengubah SOP, tetapi atas kepentingan tertentu, maka ia dipinda untuk keperluan rakyat.

“Kalau kita tetap dengan keputusan dan ikut SOP PKP lama, saya percaya ramai sukar meneruskan hidup sebab tiada pendapatan,” katanya dalam sidang media hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here