Lelaki dakwa dirogol bergilir-gilir buat laporan polis

0
2

SEORANG pelayan restoran membuat laporan polis selepas mendakwa diliwat secara bergilir-gilir sebanyak lapan kali oleh dua lelaki di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 7 malam, apabila mangsa berusia 20 tahun terserempak dengan suspek ketika berjoging di kawasan rumahnya di Damansara.

“Mangsa mendakwa dua suspek itu sedang minum minuman keras dan memanggil mangsa serta bertanya soalan.

“Tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal salah seorang daripada mereka dan dibawa ke rumah didiami mereka di Kampung Sungai Kayu Ara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa kemudian mendakwa diliwat secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebanyak lapan kali dan dipaksa untuk melakukan seks oral sebelum dihantar pulang.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan sepasukan anggota melakukan risikan serta menyerbu rumah suspek pada 11 malam semalam.

“Dua lelaki tempatan berusia 31 dan 36 tahun, ditahan kerana disyaki terbabit kes itu.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua individu terbabit bekerja sebagai pemandu lori dan kelindan lori serta mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan.

“Manakala, mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here