WANITA warga emas berkerusi roda yang ditinggal berseorangan di tepi jalan bersama lampin pakai buang baru-baru ini, kini masih mendapatkan rawatan di hospital.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, hasil pemeriksaan doktor mendapati wanita berkenaan mengalami masalah kekurangan darah.
“Masih di hospital. Semalam dia ada masalah kekurangan darah.
“Doktor tambah darah semalam,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Semalam media melaporkan LZS menyelamatkan wanita terbabit selepas menerima maklumat daripada orang awam yang menemuinya.
Wanita terbabit yang dalam keadaan kudung sebelah kaki serta ingatkan tidak berapa baik diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Polis kemudian berjaya menghubungi anak wanita terbabit, namun malangnya anaknya tidak lagi mahu menjaga wanita berkenaan.
Warga emas itu dihantar ke hospital menaiki ambulans bersama pihak pusat jagaan bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

