Mayat reput ditemui dalam tong biru

0
2

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga asing yang sudah reput ditemukan dalam sebuah tong di ladang kelapa sawit di Tiga Kongsi Simpang Ampat, Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada tukang kebun berusia 46 tahun pada 10.40 pagi tadi.

“Tukang kebun itu memaklumkan kepada polis bahawa pekerjanya yang pergi membuat kerja pemotongan sawit pada 6 petang semalam terhidu bau busuk dalam sebuah tong berwarna biru.

“Pekerjanya kemudian menghubunginya pada 9.03 malam dan pagi tadi tukang kebun itu tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan satu mayat yang berseluar pendek dan berbaju-t dalam keadaan sudah mengecut dan mengering dalam tong tersebut.

“Pemeriksaan awal dijalankan ke atas mayat itu mendapati mangsa berusia lingkungan 40-an dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat itu namun polis mengesyaki mangsa adalah warga asing.

“Pemeriksaan luaran pada mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/mayat-warga-emas-ditemui-dalam-rumah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here