Covid-19: Perak cipta rekod, catat 1,214 kes hari ini

0
2

KES harian Covid-19 di Malaysia kembali melepasi angka 3,000 apabila mencatatkan 3,297 kes jangkitan hari ini, dengan Perak menjadi penyumbang terbesar iaitu 1,214 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes dalam negara hari ini, enam adalah kes enam import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 33,304 di sebalik 4,456 kes sembuh baharu.

Selangor mencatat kes kedua tertinggi iaitu 868, diikuti Johor (431), Sarawak (185), Pulau Pinang (127), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123) dan Negeri Sembilan (122).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Sabah (85), Melaka (65), Kelantan (30), Kedah (15), Terengganu (12), Pahang (7), Putrajaya (7), Labuan (3) dan Perlis sifar kes.

Sebanyak lima lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,056 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/tingkatan-ujian-saringan-covid-19-hingga-100000-sehari/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here