Mayat warga emas ditemui dalam rumah

0
1

MAYAT lelaki warga emas yang dipercayai mati beberapa hari lalu ditemui di kediamannya di Taman Megah, Pontian, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mengenai penemuan mayat berusia 72 tahun itu pada jam 8.55 malam tadi.

“Berdasarkan laporan dari jiran mangsa, warga emas itu tinggal bersendirian di rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dan mayat seterusnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa mempunyai beberapa rekod komplikasi penyakit seperti kencing manis, jantung dan darah tinggi dan ia diperakui oleh adiknya.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here