Kerajaan wujud skim perlindungan penerima vaksin – KJ

0
3

KERAJAAN akan mewujudkan skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin Covid-19, sekiranya ada antara mereka mendapat kesan sampingan yang serius daripada vaksin itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lalu dan dalam proses diperincikan.

Katanya, skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada mana-mana penerima vaksin Covid-19 dikenal pasti mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin tersebut.

Terdahulu, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selamat mendarat pagi tadi melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).

Beliau juga mengumumkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada Jumaat

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan, bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga April itu akan diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/polis-sedia-pasukan-pengiring-awasi-pergerakan-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here