Guru, pengamal media dalam senarai fasa pertama penerima vaksin Covid-19

0
2

PARA guru dan pengamal media akan disenaraikan dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menyedari terdapat banyak permintaan yang mahu dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama yang akan bermula 24 Februari ini.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, permintaan itu wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.

“Kami sudah meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu dan perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.

“Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini,” katanya hari ini.

Khairy membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar sempena ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara virtual hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan, bersama-sama petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Khairy juga mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada Jumaat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/vaksin-covid-19-kumpulan-pertama-malaysia-selamat-tiba/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here