SELEBRITI serba boleh, Alif Satar akui simpati melihat ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Alif atau atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 31, memberitahu disebabkan itu dia terdetik hati untuk menyumbang kepada masyarakat yang terkesan akibat penularan virus tersebut.
Maka, Alif dan AEON Retail Malaysia (AEON) telah bekerjasama menganjurkan kempen “Cabaran SAMBADO” yang mana orang ramai boleh membeli sambil menderma produk Nasi Ayam SAMBADO (Nasi Ayam Sambal Abang Sado).
“Saya sedih melihat ramai terkesan akibat Covid-19. Saya sendiri mengalami keperitan penyakit ini.
“Disebabkan itu, saya tergerak untuk memainkan peranan secara langsung dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui kerjasama dengan AEON,” katanya dalam satu majlis pelancaran yang disiarkan secara langsung.
Menurut Alif, setiap 10 paket jualan Nasi Ayam SAMBADO, satu paket akan disumbang kepada golongan B40, yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
Pelakon siri ‘Pia’ itu turut memberikan 100 paket nasi ayam SAMBADO secara percuma kepada pelanggan bertuah baru-baru ini.
“Nasi ayam ini adalah resepi daripada seorang individu, di mana ketika itu saya ke rumahnya untuk memberi sokongan terhadapnya.
“Saya rasa nasi ayam dia sedap dan sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Jadi saya terfikir untuk menjual sambil membantu orang ramai.
“Bila AEON hubungi saya untuk jalinkan kerjasama membantu mereka yang terjejas, saya tak fikir panjang untuk promosikan nasi ayam ini,” ujarnya.
Nasi Ayam SAMBADO boleh terus dibeli di AEON Delicatessen, menerusi aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN atau menerusi laman sesawang di makan.myaeon.com.my yang dilancarkan baru-baru ini.
Di samping kempen membeli sambil menderma, AEON menganjurkan pertandingan Cabaran SAMBADO di mana peserta dikehendaki mencipta dan memuatnaik video kreatif melalui aplikasi TikTok dengan kapsyen #AEONSAMBADOchallenge.
Pemenang video yang paling kreatif berpeluang untuk bertemu Alif dalam satu sesi istimewa. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

