Lebih 7,000 anggota bomba terima vaksin fasa pertama

0
1

SERAMAI 7,402 anggota bomba seluruh negara akan menerima vaksin Covid-19 fasa pertama.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, seramai 999 adalah anggota yang bertugas di Sarawak, 945 (Selangor), 784 (Johor) dan 740 (Sabah).

“Secara keseluruhannya di Malaysia terdapat 15,000 anggota bomba dan vaksin akan diberi secara berperingkat.

“Kita serahkan hal pemberian vaksin ini kepada Kementerian Kesihatan kerana mereka bertanggungjawab menentukan langkah seterusnya, termasuk untuk pemberian pada fasa seterusnya nanti,” katanya kepada Bernama selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Larkin di Johor Bahru malam tadi.

Beliau mengulas mengenai jumlah anggota bomba yang bakal menerima vaksin pada fasa pertama berkata, pemberian vaksin berkenaan diharap dapat menyekat penularan Covid-19 sekali gus melindungi petugas barisan hadapan ketika menjalankan tugas.

Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini esok, sebelum pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dimulakan hujung bulan ini.

Fasa pertama pemberian vaksin yang berlangsung sehingga April ini, membabitkan petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, manakala fasa kedua bermula pada April sehingga Ogos membabitkan kumpulan berisiko tinggi, seperti warga emas.

Fasa ketiga pula meliputi golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, dan akan berlangsung dari Mei sehingga Feb 2022. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here