Nurul Huda Abhar
PELAKON kelahiran Singapura, Hannah Delisha selamat diijab kabul bersama pasangannya, Imam Shah setelah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.
Hannah, 24, memilih Imam Shah yang juga pelakon di Singapura sebagai suami, dan berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka dari pengetahuan pihak media.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hannah memuat naik gambar bersama suami selepas selesai acara akad nikah.
“Akhirnya, setelah lima tahun. Alhamdulillah, I love you @imamemy,” tulisnya ringkas.
Pasangan tersebut nampak secocok dengan persalinan akad nikah berona putih krim dan Hannah kelihatan manis mengenakan selendang dengan warna yang sama.
Hannah yang mencipta nama menerusi beberapa siri drama tempatan antaranya ‘Cinta Sekali Lagi’ sebelum ini bersih daripada desas desus hubungan cinta atau sebarang gosip berkenaan hal peribadi. -Malaysiapost
Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/intan-harris-selamat-diijabkabulkan/

