Sembunyi anak tiri dalam but kereta untuk rentas daerah

0
1

SEORANG wanita sanggup menyorokkan anak tirinya dalam but kereta bagi melepasi sekatan jalan raya susulan kereta dipandunya melebihi kapasiti dua orang yang dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tindakan wanita yang mahu merentas daerah itu bagaimanapun terbongkar ketika diperiksa di sekatan jalan raya di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita berusia 35 tahun terbabit memandu kereta jenis Proton Waja melalui sekatan jalan itu dan memberitahu mahu ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata ketika itu ada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di tempat duduk hadapan penumpang.

“Anggota polis kemudian meminta wanita itu berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut apabila curiga dengan keadaan kereta yang nampak mendap.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga anak tiri wanita itu dalam but kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafee berkata, wanita terbabit kemudian dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mengemukakan surat kebenaran merentas daerah sebelum mereka diarahkan berpatah balik.

Terdahulu, tular di media sosial gambar polis sedang memeriksa but sebuah kereta yang di dalam ya terdapat seorang remaja lelaki dipercayai bersembunyi untuk merentas daerah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here