Langgar SOP PKP, 25 individu direman

0
2

SERAMAI 25 individu direman dan 569 lagi dikompaun semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan paling banyak direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal iaitu seramai 144 individu.

“Kesalahan lain adalah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (127), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (74) dan tidak memakai pelitup muka (77).

“Selain itu, kesalahan keluar rumah tanpa alasan munasabah (57), membawa penumpang berlebihan (31), aktiviti pusat hiburan (23), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), aktiviti sukan (17), ingkar arahan kuarantin (1) dan lain-lain (38),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 77,759 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,525 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,881 anggota telah membuat pemantauan di 8,403 buah restoran, pasar raya (4,405), bank (3,972), penjaja (2,273), kilang (1,763) dan pejabat kerajaan (948).

“Turut dipantau ialah 1,139 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (299) dan terminal pengangkutan udara (109),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here